Orang Tampan

Filed Under (Melayu Boleh, Sejarah Melayu) by Azman on 25-04-2009

Tagged Under : , ,

Tampan @ segak @ bergaya hehehe bile kita gambarkan sebegini mesti orang akan terarah kepada perwatakan lelaki gagah aka macho klau ikut kata anak dara dan kaum hawa.
Hahaha kalau tak percaya cuba le korang tanya …. kalau dorang tu nak berlaki mesti nak yang macho @ tampan aje.. kesian pun ada kat kawan kawan kita yang tak berapa macho tu …
Tapi yang heran nye tu ramai gak kaum hawa neh berebut kat datok2 tu ade yang kerepot pon laku tak ader le tampan pulak pelik gak aku .. hehehe ini mesti kes poket dorang yang tampan kot…
Perempuan oh perempuan apalah korang tergila gila sangat kat ke machoan jantan jantan tu … silap silap pilih kena ngap lak korang nanti kalau dapat yang macho tapi buaya …
Tapi itu bukan saya ye …`Aku lah pencinta wanita namun aku bukan buaya’

Ah… sudahlah back to topic opsss… marah pulak pakar bahasa nie kang…Ok cerita macam nie cerita benar nie kisah Orang Tampan ……..
Mengikut kajian para pengkaji sejarah Orang Tampan @ Perak Man nie merupakan manusia pra sejarah yang telah lama wujud di Tanah Melayu. Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana terdapat bukti-bukti kewujudan manusia di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Di antara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama Perak Man @ Orang Tampan.
Mengikut kajian oleh para pengkaji sejarah kewujudan manusia pra sejarah ini disokong oleh penemuan bukti bukti kukuh di kawasan sekitar Lenggong , iaitu beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.
Hahaha nie lah baru betul dikatakan orang tampan , kalau korang ade masa boleh lah singgah kat muzium Lenggong tu dan tengok lah puas puas bukti tentang kewujudan orang tampan nie.

orang-tampan

Comments:

Post a comment